Thursday, August 19, 2010

resepi kek gula hangus seroja ;)

assalamualaikum ;).

alhamdulillah dah masuk 9 hari kita berpuasa kan. syukur kepada Allah. actuallykan, semalam terasa nak buat kek.haha. so belek2 la majalah masakan yg ada kat umah ni. then jumpa resepi kek gula hangus yang sangat simple. senang jer. orang bujang pun boleh buat tau. bahan2 die pun ntah2 dah ade dalam peti sejuk korang x. gerenti berselera nak buka puasa nanti.nyum nyum ;). check this out ok. (perkataan seroja tu x de kene mengena dgn rasa kek nih ek. saya saje je letak nak bagi bunyi sedap sikit.hehe)


KEK GULA HANGUS SEROJA


bahan-bahan:
300gm tepung gandum
200gm mentega
i tin susu pekat
7 biji telur
i susu kecil serbuk penaik
i sudu kecil soda bikarbonat
500gm gula
425ml air

cara menyediakan:
1. masak gula sehingga menjadi warna coklat. dah masak gula, tambah sikit air (better boh air panas kot, saya boh air sejuk tapi sekali meletup gula yg tengh mendidih tuh ;P ). then ketepikan sekejap.

2. pukul mentega dgn susu pekat hingga kembang then masukkan telur satu persatu. pukul lagi.

3. pastu, masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat ( saya boh soda bikarbonat je, kalo x silap same je dua2 nih). pukul lagi sampai sebati. guna mixer lagi senang. x yah pukul2 dah

4. tuang gula hangus yg diketepikan sekejap td dalam adunan dan sebatikan semuanya.

5. lastly, bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 30 minit. agak2 jelah.

6. yayyy!!! dah siap n boleh makan ;))


oklah, nanti kalo ade resepi yang senang n best saya kongsi lagi. selamat mencuba.


p/s: sebenarnyakan, 1st trial saya semalam x jadi sangat pun..sebab saya terlebih tepung n x cukup susu pekat. so die jadi keras sikit n lil bit tawar. tapi tak pe, gagal sekali x bermakna gagal selamnya kan. cuba lagi sampai jadi sedap ok. yakin bolehh!! kalau awak semua buat jadi tahniah lahh. mmg terbaik (^_^). byeee

2 comments:

kittermint said...

haha ! azie yakin boleh !! buat kek pun kena yakin boleh !! ;)

selamat berbuka.

azie mansor said...

haha..mestiii yakin! weii try tau buat..jadi habaq kat aku nohh ;))