" Di antara keberhasilan pada akhir perjuangan adalah berserah diri kepada Allah sejak permulaan " (Ibnu Ata'illah)
Friday, February 26, 2010
Monday, February 22, 2010
petua mencuci hatii
salam semua...apa khabarr iman masing2 =)??hehe... lamenyerr x buka blog sendiri sampai terlupa pasword..hehe
x pasal2 saye kene create pasword baru td..selekeh betol =P...
bosan2 study pathology nih (padahal stuck kat page same sejam dah) saye pun buka laa playlist lagu nasyid..cewahh, asyik2 lagu jiwangg je kann!!! tb2 dgr lagu tombo hati, sape penah dgr lagu nih?? alaaa...nyanyian opick tuu.. bagus lg nih, bnyk bg peringtan kat saye..dalam lagu nih opick nyanyi ade 5 tombo (ubat) hati...
1) baca quran dan maknanya
2) solat malam ( bukan isyak je tau, yg ni wajib ehh..maksudnyer qiam yerr =P )
3) berkumpullah dgn orang soleh .. (jangan dok ponteng usrah yerr)
4) banyakkanlah berpuasa
5) zikir-zikir selalu yerr
tu dari lagu opick...saye penah gak bace 17 petua mencuci hati dr Dr. Fadzilah Kamsah..x cukup 5 ubat, ade 17 lagi care nak cantikkan hati nih
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!
8)Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.bnykkan kann?? tapi jgn risau kawan2...kita mampu melakukannyerr..positive thinking =)
oklah..tu saje kali ini..sebelum tuh..saye nak share satu hadith nih....teka eh hadith number brp nih,hehe..nanti saye cakap
"....Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘..
selamat mencantikkan hati semua =)..