Saturday, August 13, 2011

nama ape? haaa?

kejadian di sebuah kaunter pembayaran hospital swasta (pegi sebab nak amek vaccine varicella)

penjaga kaunter : amek vaccine je ke?
saya: yer vaccine sahaja.
penajaga kaunter: nama apa??
saya: Varicella!
penjaga kaunter: haaaa? nama awak varicella?
saya: DANGGGG!! nama saya ke?? hahahhaha....ingt encik tanya nama vaccine tadi (dgn muka dah macam udang kene bakarr) maluu!


saya rasa hari ni hari yang sangat memalukan bagi saya!! tidakkkkkkkk!! tapi memnag sangat kelakar n lucu yg sampai nak gelak besar..nasib la bulan pose..haha. istigfar 3x...yang tak tahan, sume penjaga kaunter kat situ gelak besar kot! tambah lagi dgn patients yg mmg kat situ tggu nak bayar jugak. watever la korng.haha

nilah padahnya bila org tanya soalan, dok mengelamun pk bende lain. nama sendiri pun dah jadi nama vaccine Varicella.haha..nasib nama tu sedap jgk :P


p/s : selamat menjalani ibadah puasa semua. cepat betul masa berlalu. dah nak masuk hari ke- 15 puasa. maksudnya ada lg 15 hari kita nak mengejar pahala dan ganjaran besar yg Allah sediakan utk kita kan.BERUSAHAAAA kawan-kawan!



Sunday, August 7, 2011

1st time masuk majalah :P

satu hari time summer, just before beberapa hari sebelum balik malaysia...terkejut dapat satu msg facebook dari seorg penulis majalah remaja, dia tny boleh x nak interview untuk kolum 'nostalgia di perantau'..hehe. terkejut mcm nak gelak besar pun ade time tuh sbb x terpk pun dapat kongsi pengalaman kat ireland nih dn org lain melalui majalah plak tu.. terpk gak mcm mn dalam ramai2 student kat oversea saya terpilih. tapi saya x bother pun nak tnya..maybe ni rezeki Allah bagi :)

so, setelah fikir2..why not kan..saya pun beri persetujuan uk diinterview melalui email sahaja. penulis hantar soalan dan saya pun isi jawapan dan sent sekali dgn gambar2 saya kat perantauan nih.

alhamdulillah, tunggu punya tunggu...akhirnya pengalaman saya di ireland termuat dalam majalah remaja edisi Ramadhan (1 ogos)..siap dua page lagi :D...tq kpd penulisnya. antara yg saya kongsi dalam majalah itu adalah serba sedikit tntng kehidupan saya di galway dan pembelajaran saya dalam jurusan perubatan di NUIG. saya juga ade share sikit tips kepada adik2 yg bercita-cita untk fly ke oversea. harapan saya semoga perkongsian saya ini bermanfaat kepada semua dan boleh menjadi pendorong kepada adik2 yg nak ke oversea utk belajar bersungguh-sungguh ok ( xde niat nak menunjuk or cari glamour tau). ikhlas nak berkongsi.

kepada kawan-kawan yg sudi cari majalah remaja edisi 1 ogos tuh, tq so much for your support :) kepada yang belum, sila dapatkan di pasaran...cewahhh, xdelah..x beli pun x ape.. just nak berkongsi sikit contengan perjalanan saya di bumi Allah yg maha luas ini.


p/s : x sangka impian masa kecik nak masuk majalah tercapai....haha. dulu2 cita-cita saya nak jadi personaliti tv..x leh blah kan, perasannn sangat. tapi ayah saya x bagi! huhu. bersyukur ALLAH bg peluang utk jadi doktor. boleh tlg ramai org ;)