alhamdulillah syukur kpd Allah kerana masih memanjangkan usia saya dan keluarga saye sampai ke hari ini. sayu hati biler baca keratan akhbar harian metro 9 jun dan 10 jun tentang kemalangan ngeri yang meragut nyawa saudara-saudara kite di malaysia. paling sedih tentang kematian 6 sekeluarga yg bertembung dgn lori kalo x silap saye di lebuhraya kuantan-segamat semlm. tu tak kire lagi saudara2 kita di Gaza yg saban hari terkorban dek kerana peluru-peluru kejam israel laknatullah. semoga Allah merahmati mereka semua dan ditempatkan di kalangan hamba-hambanya yang soleh. al-fatihah..
salah satu target saya utk summer holiday nih, saya nak baca sebanyak mungkin non-medical books x kiralah novel ke, motivational book ke dan yg paling penting buku2 agama yg boleh menghidupkan jiwa kita dr kosong dan mati. alhamdulillah, semalam saya berjaya habiskan satu buku yg sangat-sangat bagus dan bnyk isi-isinya mampu memberi kesedaran kepada pembaca jika difahami dgn sebaik mungkin. so saye nak sharelah dgn sume2 org ;) tajuk buku ialah 40 hadis tentang peristiwa akhir zaman, susunan Abu Ali Al Abanjari An Nadwi. buku ini dibeli oleh abah saye pada thn 2001 dan baru skrg saya baca setelah jumpa buku ini terselit dlm timbunan buku2 lain .. ;P
sebanyak 42 hadis tentang peristiwa akhir zaman dikupas dengan ringkas, padat dan senang difahami oleh pembaca. setiap satu hadis dari Rasulullah s.a.w yg terkandung dlm buku ini sangat kene dengan keadaan umat Islam zaman sekarang. menurut penulisnya, segala permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam sepanjang zaman, baik yang telah lalu, sedang dan akan datang, semuanya telah diterangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dan tidak ada satu pun yang tertinggal.
bagi saya sendiri, sewaktu saya membaca buku ini..banyak sangat perkara-perkara yg diberitahu oleh Rasulullah akan berlaku di akhir zaman sudah pun berlaku di zaman kita sekarang. cuma mungkin kite je sedar atau tidak. gerunnnnnnnn!!!!! antara hadis yang paling beri kesan kepada saya adalah:
Hadis ke-35 : Lima belas maksiat yang menurunkan bala
ertinya:
daripada Ali bi Abi Talib r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. zakat dijadikan hutang.
4. suami memperturutkan kehendak isteri.
5. anak derhaka terhadap ibunya.
6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya
7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. suara sudah ditinggikandi dalam masjid.
9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. sesorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. kain sutera banyak dipakai(oleh kaum lelaki)
13. para artis-artis disanjung-sanjung.
14. muzik banyak dimainkan.
15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
(H.R. Tirmizi)
kawan-kawan, daripada satu hadis ini sahaja saya yakin semua orang setuju yang kebanyakan drpd 15 perkara ini sudah pun berlaku dimana-mana termasuk Malaysia sendiri. adakah kita nak tggu sampai ANGIN MERAH musnahkan kita semua baru nak sedar..huuhuu, nau'zubillah.. takut waktu tuh taubat kite sudah tidak diterima oleh Allah..
antara hadis-hadis lain menceritakan tentang: peperangan demi peperangan, masa akan menjadi singkat, seluruh dunia datang mengerumuni dunia Islam,peperangan di kawasan sungai Furat(Iraq) kerana merebuti kekayaan, ulama' tidak dipedulikan dan bnyk lagi.
saya sangat recommend buku nipis ini untuk bacaaan kawan-kawan sebagai salah satu cara untuk muhasabah diri dan iman masing-masing ;)..jom same-same usaha utk improve diri kita ek ;)
btw, ni gambar buku tuh...
p/s : sedang berusaha menghabiskan buku seterusnya....yipppiieee ;))