assalamualaikum ;)
ishhhh! lagi 3 hari je tinggal cuti summer setelah bercuti dari pertengahan mei dulu2. rasa dah lama cuti tapi biler dah tinggal beberapaha hari je lagi nih, rasa cepat pulak masa berlalu. tapi, mcm mana pun hidup mesti diteruskan, adat menjadi pelajar kene bersusah-susah dulu baru boleh bersenang-senangkan (mcm x berapa senang jugak jer even dah abes belajar sbb org kate jadi doktor sibuk ;P ). teringat pesanan cikgu yang kite belajar ni kire jihad kecil jugak. insyaAllah kalo semua yang kite buat diniatkan kerana Allah, Allah akan sentiasa bersama kita dalam kesusahan dan kesenangan sepanjang hidup kita.
flight saye ke dublin hari sabtu ni pkul 9.30 malam from klia. tapi petang tu saya akan amek MAS from kb ke kl. umi n abah x dapat hantar ke kl this year. tapi saya pun x kesah sbb x nak jugak menyusahkan diorang tambah2 bulan puase nih...ermm kelakar betul tau, nak tggu hari sabtu ni kan rasa macam tunggu orang nak masuk meminang. die punya berdebarr tuh..hahah..bayangkan lah, tido x lena, makan x lalu, pastu macam-macam perasaan ade. kadang-kadang excited tapi sayu pun ade jugak.hehe..
alhamdulillah, biler muhasabah balik apa yang saya dah lakukan summer ni..saya rasa banyak bende baru yang saya pelajari terutamanya dari lawatan-lawatan dan program2 menarik yang saya join. ramai kenalan baru yg sgt2 inspiring saya jumpe dan semua ini sangat bermakna utk saya. tapi biaselah, sedikit terkilan sbb bnyk jugak bende yg x dapat dilaksanakan. anyway..saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas semua nikmat dan pengalaman yang sangat manis ini ;).
doa dan harapan saya untuk menghadapi tahun ketiga perubatan ini, semoga Allah memberikan saya dan semua kawan-kawan saya ketenangan, kesediaan, ketabahan untuk menghadapi satu lg chapter baru dalam hidup ini. semoga tahun ini akan memberikan kami lebih kecemerlangan dan menjadikan kami hambaNYA yang lebih patuh dan taat. saya juga harap saya akan menjadi lebih matang dan dewasa dan mampu handle semua cabaran dan dugaan dgn baik. oyeahhhhh! x lupe semoga kawan-kawan dan keluarga semua dapat berikan dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. ok!! sayang semua.
p/s : sekarang, dah nak start packing-packing barang. yayyyy! ok, ni part paling sedih actually..huhu. satu bende pasal packing ni kan, selalu je lebih muatan. susah hati betul sbb kalo lebih kg kene bayar (kalo nasib x baik la). harap-harap tak ;P. btw....dgr lagu raya time packing ni boleh meleleh air mata kott ;(. Dendang Perantau saya tujukan utk semua.hehe. bye