Thursday, August 12, 2010

bila upin dan ipin puasa ;P

salam ramadhan semua ;)

alhamdulillah setelah lama menanti, Ramadhan tahun ini tiba juga. saya bersyukur masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk merasai ramadhan kali ini.tq Allah. paling best puasa tahun ni dapat sambut dengan famili lagi lama compared to last year.hehe..raya tak payah sebut laa.. salam aidilfitri dari perantauan sekali lagi la jawabnya. tahun ni insyaAllah akan jadi tahun ketiga saya raya di bumi ireland bersama kawan-kawan. walaupun sedih jugak tapi actually satu pengalaman yang menarik dan tak akan dilupakan sampai saya tua. ingat lagi waktu 1st time raya di galway, hari raya pertama tu ade lab anatomy..after pakai cantik2 g solat sunat aidilfitri terus je tukar baju masuk lab sebab hari tuh hari pertama jugak kene bedah mayat!! sebak jugak dlm bilik mayat sikit-sikit ;).

tahun ni puasa meriah sikit dengan gelagat so-called 'upin dan ipin' dlm rumah ni. sape lagi kalau bukan hazim dan hatem. si kembar yang banyak kerenah. last year x ingt sangat macam mana diorang puasa tapi hazim kate die puasa sekerat hari je. yo-yo o jer. tahun ni bila dah masuk darjah dua nampak diorang semangat nak puase. saya dan yang lain support habes-habesan la. lagipun dari kecik la kene ajar puase kan so that bila besar jadi soleh. insyaAllah ;). hazim n hatem awal-awal lagi dah tanya betul x niat puasa yang diorng hafal. gud boy! paling lucu biler sampai time sahur. faham-faham jelah kan kalo sahur ni macam mana. diorang bgn paling awal. turun-turun diorang dah ready kat meja makan. dua-dua orang makan sambil mata kejap tutup kejap buka..hehe. tapi tangan still suap nasi dlm mulut. lama betul nak abeskan sepinggan nasi. diorg siap ade spesial menu lagi sbb umi takot diorg x tahan lapar ;)

selalunya, kalau berdua tu balik sekolah, boleh bergegar rumah. x sah kalo x berperang n berkejar satu rumah. yerlahh, nak soh g makan nasi then solat. tu x kira lg biler diorg main aci-aci sembunyi ke apa ke. liat nak makan sbb malas suap sendiri. kalau suap bnyk je makan. tapi semalam sebab diorg puasa, balik je sekolah. suara pun x dengar.haha. tgk2 dua-dua dah syahid. tidur terus. baju sekolah pun x sempat salin kot. kesiann. biler tanya adik tahan lagi x, dua2 ckp tahan n tak nak buke puase. alhamdulillah. 30 minit lagi nak berbuka..dua-dua nampak gelisah.haha. hazim plg kronik. awal-awal lagi die dah duduk kat meja makan. tenung makanan macam tgk apa ntah. tgk sekali lagi, kuih popia feveret die dah dekat sgt ngn mulut, 3 cm pun x sampai. memang budak nih. biler kite alih kuih tuh, die g dekat air pulak. adoiilaa..dua gelas dah cop utk die sorang jer ;)... apa-apa pun , syukur hazim hatem berjaya puasa penuh untuk hari pertama Ramadhan. hari ni pun masih terkawal dan tahan lapar. excited dua-dua orang biler abah janji hadiah lumayan kalau puasa penuh. kire motivation untuk diorg jugak lah. ingt lagi kitorg dulu2 pun, kalau dapat 10 ringgit pun dah kira kaya habes ;P

ermm..harapan saya Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk saya dan keluarga serta kawan-kawan semua. peringatan untuk diri sendiri jugak, marilah kita sama2 menambahkan amalan di bulan yang mulia ini supaya mendapat ganjaran dariNya. insyaAllah ;)..jom-jom top-up amalan same-same.

p/s : saya ade pantun untuk awak.. ;))

'berbaju melayu tampak perkasa,
indah dihias bersama labuci,
selamat menjalani ibadah puasa,
di bulan Ramadhan bulan suci '

ampun dan maaf kalau ade salah silap eh (^_^)

Sunday, August 8, 2010

Baling Relief Mission 2010: Erti sebuah kehidupan

assalamualaikum semua ;)

orang kata banyak yang perlu kita korbankan dalam hidup kita ni kalau kita nak berjaya or nak capai sesuatu. ermm..contohnyer masa, wang ringgit, tidur dan macam-macam lagilah kan. tapi memang betul pun, semua bende perlu kan pengorbanan barulah misi hidup tercapai. apapun, yang paling sweet adalah bila kita berkorban untuk kegembiraan dan kebahagiaan orang lain. bayangkan kalau kita ikhlas bantu org lain then kita tengok senyuman orang-orang yang kita tolong tuh, insyaAllah hilang rasa berat hati, malas or letih ;). seronokkkk..hehe. semua ni mmg sangat betul sebab saya sendiri rasa dan alaminya sepanjang seminggu berkampung kat kg. Bukit Iboi, Baling untuk program 'projek permata baling' baru-baru ini. seronokkk sangat!


dah lama actually saya tak join relief mission, last time saya join time kat KMB dulu kat johor waktu banjir besar melanda negeri tuh. so, kesempatan kali ini saya cuba berikan yang terbaik untuk menjayakan program ini. bagi saya, program kemasyarakatan seperti BRM ni banyak mengajar kita tentang nilai sebuah kehidupan dan pengorbanan. kadang-kadang kita terlupa yg ramai lagi orang yg perlukan perhatian dr kita yg mampu ni sebab tak semua nasib orang same kan. bila saya masuk dalam masyarakat dan lihat sendiri perbezaan cara hidup dan pemikiran orang lain, secara tak langsung saya belajar untuk lebih menghargai sesuatu yang saya ada dan mematangkan diri. saya sgt percaya pengalaman seperti ini bukan nyer senang2 boleh dapat dari buku. awak sendiri kene keluar dari kepompong dan bergaul dengan masyarakat dari semua umur. start dari baby sampai senior citizen tau. soft skill ni ;P

biler teringat kat baling kan, saya paling rindu family angkat saya. pak long Ta sekeluarga. ya Allah betapa baiknya diorang sampai saya rasa duduk di rumah family sendiri. waktu nak balik tuh, sebak gilerrr tapi control x nak nangis. sbb nyer kalo saya start nangis confirm payah nak stop.hehe..so saya nangis la sorang2 kejap dlm toilet.haha.. poyo kan. yang paling comel kat rumah tuh adalah si kecil hanan. hari-hari kitorg nyanyi lagu ayam same-same w'pun lirik tunggang terbalik. ahhhhh..rindu hanannnn! die pandai cakap tapi x boleh sebut 'r' dan 'z'. so nama azie jadi ajie. farah jadi falah. panggilan kakak dah hilang dah.lucuuu sgt.



alhamdulillah program yang dirancang macam sukaneka, motivasi, kiosk klinik dan lawatan ke rumah orang miskin berjalan lancar walaupun sederhana. memang mengasah communication skill lah especially klinik. kebetulan hari tuh saya dapat can uruskan both untuk tgk glucose level dalam darah. waktu ni, baru saya rasa betapa mencabar nyer jadi doktor. mmg gelabah la mula-mula sbb dah lama x buat kan, satu lagi biler orang tahu awak adalah bakal doktor, orang akan expect awak tahu semua bende. so, kat both tuh macam-macam soalan la pasal kesihatan nih ditanya oleh pak cik mak cik yang nak cek gula dalam darah. alhamdulillah, saya rasa saya dapat jawab kot soalan diorg dgn konfidennyer.hehe..harap-harap nasihat saya berguna untuk diorg ;P. biler pak cik mak cik bangun dengan senyuman kan, rasa macammmm nak jadi doktor time tu jugak. happy kot.. tapi kene sabar sbb ade 3 tahun lg ;).

paling menyentuh hati saya, waktu melawat rumah orang-orang miskin. menitik air mata melihat pengorbanan dan kesusahan diorang untuk hidup. sebuah famili ni mmg tinggal kat rumah yang sangat usang. lagi sedih bila teringat anak perempuannya yg masih sekolah tapi dah terpaksa tanggung macam-macam dugaan. after dah balik rumah lepas lawatan tu kan, kalo x silap hujan lebat ptg tu..tiba-tiba kawan saya seorang ni cakap, 'apalah jadi kat famili tuh biler hujan lebat mcm ni, rumah diorg mmg tak mampu nak lindung dari basah kalau hujan.' kitorg sangat sedih tapi lagi-lagi-lagi sedih sebab tak mampu pun nak buat apa-apa.;(. saya harap sangat famili tuh tabah dan terus berdoa kepada Allah untuk kesenangan kalau x kat dunia pun kat akhirat nanti, insyaAllah.




banyak sangat lagi pengalaman menarik sepanjang kat baling tapi kalau nak cerita semua tak mampu saya. apa yang penting bagi saya adalah semua pak cik mak cik di baling gembira dengan kedatangan kami dan bantuan ikhlas dr kami. terima kasih kepada semua yang terlibat kerana mengajar saya nilai sebuah kehidupan dan pengorbanan juga ukhuwah yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. doa saya semoga Allah merahmati semua usaha dan pengorbanan kita team Baling Relief Mission dan terus menanam rasa cinta untuk terlibat lagi dengan program sebegini. juga untuk penduduk Kg. Bukit Iboi..semoga Allah membalas budi dan kasih syg kalian semua.


p/s : bila cakap pasal pengorbanan ni kan, teringat ikhmal lakonan fahrin ahmad dalam citer laila asyikin yg berkorban utk laila sampai akhir hayat. hehe..so sweet ;).citer tuh dah abes lorr.