Sunday, September 11, 2011

after a week: oncall again

apparently so many new things i experienced after a week doing paediatric rotation  :).. even it just only my first week here in galway but it really feels like a month already....i should say tq to all babies n cute little kids in galway for making my week in paeds soo much fun n miserable..huhu

there are mountains of notes that i need to revise and everyday case presentation that i need to attend..well, i am back to my what so called kehidupan-budak-medic from 9am in the morning to...i dun knoe..depends on how dedicated u r as a medic student.hehe..trust me..we can force ourselves to stay in the library for hoursss ^_^... ohh yesss, i forgot to mention, on call is haunting us againn...kudos to all the on call doctors who actually tried their best helping us.

on call is not that bad afterall if u actually doing something and see something and make yourself useful to other people that time... plus!! it will be better if u r not making any night shift doctors or nurses annoyed by looking at you standing near the wall chatting about how good to be on the bed than in emergency department..haha. i had my first on call for this semester last tuesday...and i feel so stupid when taking history from patients (T_T)... i should practice more history taking and physical examination after 3 months not using the skills AT ALL!!!

apapun, akan berusaha dgn lebih gigih!!!!ya ALLAH..bantulah hambaMU ini.. pray for me peeps :)



p/s : i always told myself...sibuk mcm mn pun life as a medical students..hubungan dgn Allah MESTI sentiasa dijaga as well as hubungan sesama manusia esp with our parents and frens... thats give me strength to stay strong..insyaAllah..ok byeeee :)

Tuesday, September 6, 2011

working with babies : paediatric rotation on the goo :)

alhamdulillah...

hari dah masuk hari kedua saya memulakan rotation paediatric di galway hospital utk tahun keempat perubatan.

selepas seminggu skip class utk raya, akhirnya harus terima hakikat yang kelas dah mula balik. mula2 terasa sedikit kemalsan dan kecuakan utk memulakan kehidupan sebagai 4th med students, tapi2 insyaAllah hidup perlu diteruskan dan saya berazam utk memberikan yang terbaik tahun ini. mohon doa dari semua supaya saya dapat survive 4th med ni yg kebnykan nyer kate tahun paling tough dan mencabar. semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya dan kawan2 saya di sini :))

dalam dua hri ni, dah banyk baby2 sakit yang saya jumpe. ya Allah...sangat sedih melihat keadaan baby2 nih tapi mereka semua nampak gembira dan sentiasa tersenyum disebalik kesakitan yang mereka hadapi. semoga Allah memberikan ketabahan kepada baby2 ini untuk membesar dan meneruskan hidup.

tadi sebelum saya balik rumah, sempat ambil history dari nenek seorang patient yg berusia kurang dr sebulan tentang penyakit 'cerebral palsy' yang dihadapi cucunya. soo..sekarang kene baca pasal cerebral palsy..huhu.

p/s : baru pindah rumah baru..x suka sangt sepanjang jalan nak gi hospital banyk sgt incik ann kat jalan dgn sisa buangannya..haha..busukkk!! pluss galway sgt berangin, rasa nak melayang! ok bye. berusahahhh! luv n hug

Friday, August 26, 2011

keajaiban jantung!

tahukah anda??

- secara purata jantung berdenyut pada kadar 70 denyutan seminit
- menjadikannya lebih 100 000 kali sehari
- dan 36 juta kali setahun
- jika seseorang itu berumur itu berumur 70 tahun, jantungnya berdenyut sebanayk 2.5 billion kali. (Allahuakbar_
- jantung dapat mengepam darah ke semua sel dalam masa kurang seminit.
- dalam sehari, ini membabitkan perjalanan 7 570 liter darah sejauh 96 560 kilometer salur darah yang berada di semua organ dalam badan.

kerja ini disempurnakan dgn baik oleh st organ yang hanya sebesar satu genggam tangan dan seberat 0.3kg sahaja!!

Allah swt telah menciptakan satu organ yang relatifnya kecil tetapi fungsinya meliputi seluruh badan manusia dan tanpanya manusia tidak boleh hidup.

Allah is the greatest!!!

p/s : terfikir.. kita yg kecil dan hina ini sbnrnya mampu memberi sumbangan yg besar kepada Islam. insyaAllah :)


source : harian metro, 21 0gos..artikel by dr zulhilmi yaakob, cardiologist

Thursday, August 25, 2011

dalam mihrab cinta

i was watching this one good movie from indonesia 'dalam mihrab cinta' before... and i was so in love with one of the song. the lyrics is so beautiful n touching. i make an effort to google the lyrics just now.. so...here u go :)

bunga-bunga cinta





* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:

bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

p/s : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa." (25:74) ♥

Saturday, August 13, 2011

nama ape? haaa?

kejadian di sebuah kaunter pembayaran hospital swasta (pegi sebab nak amek vaccine varicella)

penjaga kaunter : amek vaccine je ke?
saya: yer vaccine sahaja.
penajaga kaunter: nama apa??
saya: Varicella!
penjaga kaunter: haaaa? nama awak varicella?
saya: DANGGGG!! nama saya ke?? hahahhaha....ingt encik tanya nama vaccine tadi (dgn muka dah macam udang kene bakarr) maluu!


saya rasa hari ni hari yang sangat memalukan bagi saya!! tidakkkkkkkk!! tapi memnag sangat kelakar n lucu yg sampai nak gelak besar..nasib la bulan pose..haha. istigfar 3x...yang tak tahan, sume penjaga kaunter kat situ gelak besar kot! tambah lagi dgn patients yg mmg kat situ tggu nak bayar jugak. watever la korng.haha

nilah padahnya bila org tanya soalan, dok mengelamun pk bende lain. nama sendiri pun dah jadi nama vaccine Varicella.haha..nasib nama tu sedap jgk :P


p/s : selamat menjalani ibadah puasa semua. cepat betul masa berlalu. dah nak masuk hari ke- 15 puasa. maksudnya ada lg 15 hari kita nak mengejar pahala dan ganjaran besar yg Allah sediakan utk kita kan.BERUSAHAAAA kawan-kawan!



Sunday, August 7, 2011

1st time masuk majalah :P

satu hari time summer, just before beberapa hari sebelum balik malaysia...terkejut dapat satu msg facebook dari seorg penulis majalah remaja, dia tny boleh x nak interview untuk kolum 'nostalgia di perantau'..hehe. terkejut mcm nak gelak besar pun ade time tuh sbb x terpk pun dapat kongsi pengalaman kat ireland nih dn org lain melalui majalah plak tu.. terpk gak mcm mn dalam ramai2 student kat oversea saya terpilih. tapi saya x bother pun nak tnya..maybe ni rezeki Allah bagi :)

so, setelah fikir2..why not kan..saya pun beri persetujuan uk diinterview melalui email sahaja. penulis hantar soalan dan saya pun isi jawapan dan sent sekali dgn gambar2 saya kat perantauan nih.

alhamdulillah, tunggu punya tunggu...akhirnya pengalaman saya di ireland termuat dalam majalah remaja edisi Ramadhan (1 ogos)..siap dua page lagi :D...tq kpd penulisnya. antara yg saya kongsi dalam majalah itu adalah serba sedikit tntng kehidupan saya di galway dan pembelajaran saya dalam jurusan perubatan di NUIG. saya juga ade share sikit tips kepada adik2 yg bercita-cita untk fly ke oversea. harapan saya semoga perkongsian saya ini bermanfaat kepada semua dan boleh menjadi pendorong kepada adik2 yg nak ke oversea utk belajar bersungguh-sungguh ok ( xde niat nak menunjuk or cari glamour tau). ikhlas nak berkongsi.

kepada kawan-kawan yg sudi cari majalah remaja edisi 1 ogos tuh, tq so much for your support :) kepada yang belum, sila dapatkan di pasaran...cewahhh, xdelah..x beli pun x ape.. just nak berkongsi sikit contengan perjalanan saya di bumi Allah yg maha luas ini.


p/s : x sangka impian masa kecik nak masuk majalah tercapai....haha. dulu2 cita-cita saya nak jadi personaliti tv..x leh blah kan, perasannn sangat. tapi ayah saya x bagi! huhu. bersyukur ALLAH bg peluang utk jadi doktor. boleh tlg ramai org ;)


Wednesday, August 3, 2011

ujian siapa??

salam ramadhan sahabat yg disayangi :)

alhamdulillah Allah pertemukan kita sekali lagi dgn ramadhan bulan mulia nih. moga2 setiap amaln kita mendapat keberkatan dari sang pencipta teragung.

ramadhan kali ini lain sikit bg saya sebab setelah 3 tahun x dapat berpuasa penuh dgn family, alhamdulillah dgn izin Allah saya iA dapat puasa penuh di rumah tahun ini dan beraya bersama my beloved family. tq Allah

saya juga bersyukur sebab tahun ni dapat peluang jaga mak saudara saya yg sakit. kesian dia. hari2 merintih kesakitan...saya sendiri x tahu mcm mn nak tolong kurangkan kesakitan die, sy hanya mampu mengucapkan kata2 sabar kepada mak cik saya. ini ujian Allah kepada hambanya yg sabar. tapi bak kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

teringat umi penah nasihat mak cik saya nih supaya sentiasa sabar dan jangan putus asa dgn harapan Allah. umi kata ujian nih bukan sahaja utk mak cik tetapi untuk orang2 yg sihat macam kita nih jugak. time ni lah Allah nak uji kita sama ada kita yg sihat ni sabar x menjaga dan melayan karenah orang yg sakit. kita dapat lihat time nih, sapa yg betul2 ikhlas menolong atau x kan. ustaz penah kate...ujian nih boleh jadi dalam bentuk kesusahan dan dalam bentuk kesenangan, jadi kita kene sentiasa muhasabah diri dan kembali kepada Allah.

saya akui, kadang2 kita akan rasa letih, malas bila jaga org sakit ni, tetapi kene cepat2 berstigfar dan minta maaf balik supaya apa yg kita lakukan ini x sia2 pada pandangan Allah . saya rasa ni pun penting utk seorg doktor mempunyai sikap sabar, lemah lembut, x cepat marah.. doktor kan kene jumpe mcm2 pesakit hari2 :)

sebak bila teringt satu masa dahulu, kami adik beradik saling tuding2 jari sape yg kene pegi tolong makcik mandi dan sebagainya. tiba2 umi kate, '' ni baru mak cik yg sakit, nanti kalo umi dan abah yang sakit, sape lah yg nak tolong umi mandi, bersuci n suapkan makanan''... waktu nih, saya n kakak rasa satu tamparan hebat ke pipi kami. ya Allah..betapa jahilnya hambamu ini. lepas nih kene berebut-rebut pegi tolong kalo mak cik panggil :)

doa saya, semoga umi dan abah sentiasa sihat2 selalu dan sentiasa dilindungi Allah walau kat mana pun mereka berada, even pegi jemur kain pun..utk mak cik yg sakit, kami adik beradik akan jaga makcik selagi mampu, jangan risau :) sebab we love all of u so much.

p/s : semoga ramadhan kali ini menjadi medan saya dan awak semua utk mentarbiyah diri ke arah yg lebih baik ok. iA..pray harder to Allah my brothers n sisters. our target is His jannah :)

Sunday, July 17, 2011

me. free time. books :)

assalamualaikum and hi to all my frens.....

gosh, i tot this holiday will actually give me extra time to update my blog... but not work for me at all..haha

1 month and half already... i think i'm done with atleast half of my s0 called mission. thank you Allah :)

by the way.. im not a big fan of reading before, but apparently i'm starting to read a lottt during this free time (since one of my mission is to read a lot of 'ilmiah book')hehe. what a bless :).. however.. i end up reading more novel style books rather than factual a.k.a skema books..grrrr. xkesahla kan, as long as i learned something from other people piece of mind.

ok2... currently i'm reading Hlovate novel- contengan jalanan after finished with stanza cinta by nur halawati. both are absolutely worth to read for those who love islamic style novel like me :D.

just to share a few of wonderful words from the author of 'contengan jalanan'..i managed to quote some of them from the novel (actually this is one of my hobby sice ages ago- collecting 'kata-kata hikmah' from boooks, well known people n etc....tapi dah lama x wat keje nih :D )

check these out..maybe u'll like them



  1. life is short. laugh.live
  2. lead.dont be led
  3. Q: what if you stop playing 'what ifs? A: you'll get some work DONE.
  4. finding gratification is not hard.. simplicity does it easy :)
  5. being different brings oddballs together. normal is overrated anyway.
  6. live the moment. cherish the present. anticipate the future. frame the yesteryrar
  7. never assune. ask
  8. never imitate. create
  9. respecting request, rules and privacy is a universal law. u break that basic Etiquette 101, u'r seriously flawed.
  10. the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th
  11. the world ia a wrld-class class, use it wise
  12. dont judge a travel plan from its dossieer. to know, be there
  13. act dumb. you'll learn more
  14. life is full of changes. and surprises, and the inexplicable(s)
  15. to live is to lrarn, and to learn is o live.live. learn
  16. everybody knows death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise every time one is going...
  17. there's a difference between living life and merely being alive
  18. worrying over the yet to be here future, is one tiring thing, if not nerve wrecking
  19. talking is nothing. doing is something
  20. life is full of answer waiting to be discovered
  21. when you think you've it bad, others've had it worse
P/S: tak tahu kenape...but i really love the title of this novel : contengan jalanan :).. next book in the list.. fiqh perubatan and 100 kisah terpilih-berani menghadapi cabaran :D

Thursday, May 26, 2011

post 3rd med exam!

alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya saya berjaya menamatkan tahun 3 perubatan (semoga saya lepas sume papers :)

rasa sangat2 lega sebab mmg 3rd year nih mencabar n tough. hari-hari kene pegi rotation kat hospital. tapi memang sangat cepat masa berlalu, 5 bulan mcm 5 minggu jer.. saya mula dgn rotation
1. GASTROINTESTINAL
2. RESPIRATORY
3. CARDIOVASCULAR
4. ACUTE CARE
5. CARE OF THE ELDERLY

alhamdulillah, saya dapat lalui sume rotation itu dgn baik. after exam nih...bukan masa nak rilek2 la, saya kene siapkan bnyk perkara yg x dapat buat sbb exam kan. n saya pun dah ade bnyk plan utk cuti summer ni..hehe..semoga cuti yg panjang ini dapat saya manfaatkan dgn sebaik-baik nya

1. PINDAH RUMAH
dari 15 moyola park saya akan pindah ke shantalla place yg lg dekat dgn hospital. alhamdulillah hr nih dah angkut bnyk brg dgn bantuan landlord lama. tq martin

2. BALIK MALAYSIAAAA!!
ok yg ni plg x sabar.. flite saya dr dublin-london-KL-KB. iA 30hb ni akan mulalah perjalanan balik kampung saya. semoga Allah permudahkan semuanya. rindu sgt2 kat famili.huhu

3. JOIN PRE-DEPARTURE PROGRAM
iA seperti tahun-tahun sebelum nih, saya akan join untuk tolong adik2 yg bakal fly ke oversea dgn persiapan2 yg patut diorg buat dari segi mental dan fizikal. iA tahun ni saya nak join WOW(wonderful overseas weekend) anjuran ILUVISLAM. kepada adik2 yg bakal fly dan baca blog saya. jooommm sume pegi WOW sbb mmg best la. iA saya juga akan join KOG (kelantan overseas gathering) anjuran anak2 kelantan di perantauan.

4. JOIN NICE
yang ni program utk student2 medic yg akan diadakan di kelantan. iA kalo x de ape2 hal saya nak join sbb tentatif program die sagt menarik esp diorg menekankan konsep perubatan dalam Islam. x sabar nak pegi

5. BELAJAR DRIVE BALIK.
after almost 3 thn gantung lesen kete, saya mmg rasa saya kene dapatkan blk skill drive saya, mmg sanagt lah susah nak g mana2 kalo x pandai bw kete..huhu!! saya nak suruh ayah or kaka saya ajarkan nanti....yakin bolehh azi!


well, basically yg tu je dulu..bnyk lg sbnrnya dlm kepala nih..hehe, cukup ke x dlm masa 3 bulan ni, saya hanya berserah kepada Allah semoga dilapangkan waktu saya dan dipermudahkan segala urusan insyaAllah.

ok, sampai situ dulu...doakan saya selamat sampai di kelantan yer. salam sayang :)


p/s: rasa nak makan roti canai cicah gula skrng!! huhu..haii malaysia sayang, bye2 ireland :P

Sunday, April 17, 2011

women's heart is fragile..so, handle with care!

assalamualaikum :)
saya doakan semoga sahabat-sahabat semua dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah selalu



it has been a while since i last updating my blog. rindu nak menulis tapi apakan daya, kesibukan dgn jadual seharian selalu menghalang sy utk menulis coretan hati kat sini. pejam cilik, saya dah nak abes pun rotation Acute Care, tak sampai sebulan lagi dah final exam utk 3rd year. ya Allah... hambamu ini mohon kekuatan dalam menghadapi saat2 genting macam nih.

biasalahkan,time-time mcm nih mulalah homesick..penyakit ni x kenal usia bak kata kawan saya.hehe. tapi mmg betul pun, saya nih yg mmg x penah belajar dekat dgn rumah dari kecil sampai besar pun still ade penyakit homesick nih..

kalo dah homesick nih, emosi pun kadang2 tak stabil kan...turun naik, turun naik. kalau hari nih boleh gelak ketawa tapi esok belum tentu lagi macam tu jugak, possible je nak nangis bila-bila masa. kalau orang tanye ade mslh ke? muka ketat je tgk?..xde pulak masalah rasanya, dah jadi hobby wanita kot nangis nih. seronok :P

yang paling kelakar kan, ni jadi kat diri sendiri lah..biasalah hari-hari masuk hospital tgk orang sakit. kadang-kadang tuh, tgh sembang dgn mak cik or nenek yg kat hospital ni pun tiba-tiba rasa panas je muka, mata dah bertakung..bukan sebab ape pun, sebab sedih dgr mak cik ni cerita pasal penyakit die. adoilahhhh.. fragile betul hati nih. kalo tgk baby-baby yg kecik nangis sebab sakit lg lahh rasa sedih.hehe

tu tak kene marah dgn consultant lagi, agaknya kalo kene sekali..seminggu bengkak mata g hospital..hehe, xdelah smpai mcm tuh. tapi nak kate nyer senang sgt hati ni tersentuh. kdg2, ade setengah org (bukan saya ok) kawan bergurau pun, terasa hati..x marah pun katenyer, tahu je kawan bergurau tapi nak wat mcm mana, hati lembut sgt. haishh...


apapun, memang tak dapat disangkal kan..hati kebanyakan wanita mmg fragile, cepat tersentuh dan mudah sensitif..tapi tak semestinya die lemah ok. insyaAllah..hati je lembut, tapi semangat die kental!!.. so people, tak kiralah anda lelaki atau perempuan, always2 remember.. women's heart is fragile, so handle with great care :)



p/s : mode homesick! lagi sebulan nak balik Malaysia. kawan-kawan..doakan saya lulus exam ok. luv all :)


Sunday, February 27, 2011

birds are chirping..spring is coming. yayyy.. bye2 winter




spring this year dimulakan dgn rotation ketiga saya iaitu cardiovascular (cvs)..horayy!


ciptaan Allah sangat cantik :)


esok bermulalah rotation cvs ni pulak utk sebulan...huuhu
cepat betul masa berlalu..rasa br je first rotation GIT bulan satu hari tuh, ni dah masuk rotation 3 plak kan..

tahu x apa maknanya biler dah bulan 3?? maknanya EXAM dah melambai-lambai..adoiii.
rasa macam x bersedia lg nih utk cover 5 rotation. memang dah kene mula kembali mengadap buku2 medic yang bnyk itu.hehe..

saya janji nak blajar sungguh2 sampai lulus sebab this year nak raya kat malaysia.. to be specific lagi nak raya kat rumah hj mansor, kg tok bok.. aaaaaa, rindu diorg semua esp budak comot hazim n hatem dua orang tuh..biler la nak besar si kembar dua orang tuh kan.

dgn kezen2 yg comel2. luv kids very much. that is why kalo boleh nak jadi paeds :)


saya actually sedih nak tinggalkan rotation respiratory sebab semua doktor2 die baik2 dan mmg ade kesungguhan nak ajar kiter students. alhamdulillah. harapnya semua ilmu yg saya dapat sepanjang rotation2 lepas diberkakti Allah dan saya akan ingt sampai bila2 bukan sampai exam je kan :D

well...spring dah nak mula. bangun pagi diiringi bunyi burung mencicip-cicip. rasa tenang kat Galway nih w'pun x dinafikan masalah ade jer.hehe..syukur pada Allah walau bnyk manapun masalah n bebanan blajar kat negara orang nih, Allah masih campakkan ketenangan dan kegembiraan dalam hati saya. tq Allah


p/s : tak tahu kenape sangat nervous nak mulakan rotation cardiovascular nih..maybe ramai yg kate doktor2 die garang2 kot.ntah lahh..apapun semoga saya akan dapat bnyk ilmu2 baru dan bermanfaat sepanjang rotation br nih. doakan saya ok :) salammm

Sunday, February 20, 2011

bingkisan cinta hina..





p/s : antara dua rasa yang menghimpit..menyesakkan dada...Allah, Allah, Allah.

Sunday, February 6, 2011

critical med and perioperative weeks

alhamdulillah...

saya berjaya menghabiskan attachment dekat ICU selama seminggu. macam-macam pengalaman baru yg saya dapat sepanjang berada dekat ICU nih. semua patient kat icu adalah "the sickest patient among all the patient' kat hospital nih.

kitorang perlu amek history patient tapi memandangkan sume patient memang tak berdaya nak cakap, saya dan kawan2 perlu membaca patient chart hari-hari utk tahu progression pesakit-pesakit nih. yg paling memeningkan adalah biler terpaksa membaca tulisan doktor! haha..mmg betullah orang kate tulisan doktor ni mmg teruk sikit. well..saya punya tulisan lagi teruk. cannot help at all. tak tahu kenape..haha

semingu di ICU, saya menghadapi dua orang patient yang tak dapat survive. seorang makcik yg ade subdural hemorrhage yg teruk (pendarahan dalam otak akibat jatuh) dan seorang lg patient yg ade penyakit berjangkit. ya Allah, tak tahu nak cakap perasaan time tuh. sangat menginsafi diri yg masih tidak sempurna nih. biler saya lihat doktor2 dan nurse2 kat situ, diorg nampak sngt tabah n tenang menghadapi kematian, maybe sebab hari-hari diorg dah tgk kan. saya harap pengalaman ini menjadi peringatan kepada saya tentang kematian yg boleh datang bila2 masa je dekat kita. semoga kalo kita ditakdirkan mati, kita akan mati dalam iman, inyaAllahdan mendapat syurga Allah.

esok..dan untuk seminggu yg akan datang saya akan mulakan 'perioperative attachment' dekat operation thethre. basically saya kene observe dan wat keje anesthesist yg melibatkan sebelum pembedahan dan selepas pembedahan. pengalamana baru lagi nihh...yoshh! berusaha. semoga Allah permudahkan semuanya. :)


p/s : saya rindu umi abah n famili kat kelantan sgt2. huhu..x sabar nak balik summer nih :)

Tuesday, January 25, 2011

it's more about life than...

assalamualaikum =)
semoga semua sentiasa dilimpahi rahmat islam dan iman yang tak putus-putus dari Allah SWT..

alhamdulillah, sudah hampir sebulan rotation GIT saya kat hospital. x sangka dah nak habes pun jumaat nih. insyaAllah isnin depan saya akan start dengan Respiratory n preoperative rotation pulak for a month. cepat betul masa berlalu kan...

sangat banyak pengalaman pahit, manis, lucu, sedih sepanjang sebulan 'bekerja' dgn para intern, sho, registrat, spr, dan consultant ( basically diorg ni sume doktor2 kat hospital tu lah.hehe). ade yang garang@ cenge@bekeng..ade jugak yang tersangatlah baik. tapi semua mereka sangat2 membantu saya dan kawan2 sepanjang kat hospital tuh. banyak yang dipelajari tentang medical things, life as a doctor (bz sangat!!!), how to deal with patients n lots more stuff which are really important for us as medical student. time kasih daun keladi.

apapun, yang paling menyentuh hati saya adalah patient-patient kat hospital tuh. most of them present with various diseases. some are serious some are not. saya paling banyak belajar dari keadaan pesakit2 nih tentang nilai sebuah kehidupan. saya tak tahu mcm mana nak cakap, tapi seriusly, when u put urself into their condition, u will appreciate everything that u have even more. insyaAllah..i believe u will be closer to Allah n will try to do as much good things as possible when u still have the chance to do that. i.e sebelum nyawa dipisahkan dr jasad.

satu lg, patient kat sini bnyk dari kalangan senior citizen. kesian sgt tgk diorg. ade yg x ingt apa2, confuse, mcm2 lg la.. kadang2 tuh rasa nak menitis airmata tambah2 bila doktor breaking kind of bad news to them. paling sedih, ade seorang nenek nih, sebab risau akan kaco or menyusahkan anak-anak die if kene duduk dgn diorg,die mintak kat doktor kalo boleh nak duduk hospital dr susahkan anak2 die. bayangggkan mcm mana seorang ibu boleh fikir mcm tuh??? kalo saya jd anak die mesti dah nangis time tu jugak. saya harap sangat sape yg baca entri nih, niat dalam hati yang apa pun jadi kat parents kita nanti, kitalah yg kene jaga diorg regardless of anything, sayang diorg mcm mana diorang sayang kita, jgn sampai diorg takut nak mintak tlg dr anak sendiri. nauzubillah... semoga Allah sentiasa jadikan kita umatnya yang sentiasa bersyukur dn hormat ibu bapa dn og tua.

well, itu sahaja kali nih, sbrnyakan bnyk lg pengalaman nak citer,hehe.. tapi x cukup masa..salam syg, jumpa lg =)

p/s : i think i start to love my job even more.yayy!! may Allah make everything easy for me. doakan ek. one quick lesson..u actually learn more about life than medical stuff when u see the patient, when u talk to them, when u listen to their problem n when u feel the responsibility of helping them to get through the hard time( n of course with ALLAH guide n blessed). medic besttt!hoho =P


Sunday, January 16, 2011

first surgery :) yayyy

sometimes thing happened unexpectedly without u knowing it's gonna be. and when it happened, it just made ur day. well, i guess new experience, new skills, meeting new frens and people,learn new knowledge always be somethings that really made my day every day. i thanked Allah for giving me all this wonderful things although deep from my heart i know that i dun deserved it. alhamdulillah, for almost 3 years as a medical student, i never regret for choosing medicine as a part of my life. yeahh.. it is difficult, it is hard..no doubt bout that at all..but that is a challenge for me. no matter how hard it is, if u have the passion..u really can do it!! well, i supposed even the easiest thing would be difficult if u dun have passion! am i right?? sape sokong angkat tangan ok :P

copppp!!! i really dont knoe why i end up writing those thing just now.haha..disoriented at 3am. actually i wanna share this one thing that happened to me recently. i was so excited and thankful to Allah for the chance He gave me.huuhu.. okeh..some might things this is just nothing,but nevermind..i still want to share. dun care!!! =P

it was last friday..i wasnt plan at all to practice scrub in ( something that we have to do before surgery) after my git study group. i just thought to go home and rest. but, thanks so much to my collegue, azri bohari for offering to help me and kamal to learn how to scrub in since we are on surgery attachment next week. well..we just went to the OR and practise scrub in and we thought it wont be any surgery going on that night. but we are wrongg. there was an emergency surgery for 11 year old girl who had appendicitis. the surgeon going to performed appendicectomy on her.. and like i said, things sometimes happend unexpectedly, the surgeon dr.Zafir allowed me to scrub in with him. so coool! i feel like jumping that time..

once u scrub in, u are allowed to touch the patient, to hold the scapel, to hold the scissors and all the surgical thinggy and also to feel patient's organ.. cool isn't?? hehe... i was so nervous at first place considering the fact that i just learnd how to scrub in a few minutes ago. but..i kept on praying in my heart so that Allah will help me to survive in the so called my-first-ever- surgery =)poyo jerr kan..well, just to clarify here..scrub in is not as simple as it is thought.. u got to really do it appropriately so that u wont pass any germs to the patient that might harm them once u r close to them in OR. just imagine, that's a real body lying on the table waiting to be cut open and u dont want to cause them trouble OK. infection control!!

u know wat..i felt like i'm a meredith grey in Grey's anatomy series on that time performing my first ever surgery in my own OR. it just that, there is no derek sheperd that time..haha..day dreaming again... just joking. ok2..enough for tonite..almost 4 oclock.need to sleep now. i c yaa again soon ;)


p/s : tq again to azri bohari n kamal for being in the OR, tq to the surgeon for allowing me to help him performing appendiectomy, tq to the nurse, patricia who is sooo kind giving me inspirational advice and above all TQ ALLAH for this chance. to umi n abah, i will try my best to become a great muslimah doctor. gonna make both of u proud. pray for me :)

Thursday, January 6, 2011

1st day as clinical year student

alhamdulillah..setelah serabut-serabut pasal new time table utk GIT rotation semalam, hari ini much better walaupun firstly terpaksa tggu consultant utk ward round almost 1 hour.

saya baru faham macam mana rasanya kene spend almost a whole day kat hospital.huhu..
tunggu doktor, cari patient, amek history, buat examination, tgk endoscopy. alhamdulillah everything went well. is just that i really need to improve myself a lot more especially to take the history of the patient. need more practice pleaseee!

tapikan..kelakar sangat rasa biler tgk sume kawan-kawan kita yg dulu comot2 sekarang dress up formally.hehe..sume kejar2 kat hospital cari patient. gaya kitorg 3rd med nih, kalah final med. bz memanjang. cewahh..al maklumlah 1st week semangat tengah berkobar- kobar lagi nih. sume bende nak pegi.

jadual hidup sekrang bermula pkul 7.30pg paling awal. bayangkanlah winter2 nih, subuh pun x abes lg tapi kene jalan kedek2 dalam kesejukan pagi pegi hospital. matahari pun x kuar lg. pastu, pukul 6ptg br dapat balik (esp sape2 yg mmg rajin laa..hehe). pkul 6ptg tuh dah gelap dah matahari dah masuk balik pun. kirenya x jumpa matahri punnn..huhu. paling teruk, boleh samapi luper nak makannn..lol. mmg boleh kurus nih :D ... semoga Allah sentiasa memberkati masa kami.

apapun, saya sangat suka clinical year compare to lecture je evryday. hopefully this is a good start for me in this new year and may Allah always be with me in everything i do.

p/s : alhamdulillah, satu bende yg paling bg pengajaran kat saya bile tiap2 hari jumoe orang sakit nih, awak akan sentiasa muhasabah diri dan akan ingt yang hidup ini adalah pinjaman Allah semata-mata. INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA =). semoag kita semua ditempatkan dikalangan orang beriman. insyaAllah. salammm. nak g belek buku cket2. jumpe lg.